Khamis, 21 Mac 2013

SCALLOP PUNCHER

saya beli kat laman web nih *scrap n crop* dengan harga RM 89.00 ++ (termasuk postage)

saya rasa puas hati jugak sebab
* susah tul nak cari bende nih! akhirnya dapat jugak
* saya mengimpikan banyak benda yang kiut miut saya nak buat dengan bende alah nih..haha

walaupun..
* boleh masuk SATU kertas je..
* beli bagai nak rak, pakai sekali je..saya rasa pasni nak jual la pada sape yang berminat, tapi ade ke orang    nak???
* lagi satu - menjadi ke projek saya nih - sebab saya dah kekangan mase nih..waaaah

D.I.Y PIN WHEELS SAYA

ola ola...selamat pagi 


ini sebahagian dari pin wheels yang da siap..huhu. yang lain masih lagi dalam pembikinan wo...sume corak HARUSLAH POLKA DOT PINK UNGU TAUU...plan asal saya nak jadikan backdrop kat meja makan.. tunggule hasilnyeee..

D.I.Y BALANG POLKA DOT SAYA


ini goodies untuk beg rombongan lelaki. emm saya masih terfikir-fikir isi dalam botol kaca nih..ape ye..

Rabu, 6 Mac 2013

TQ TAG SAYE..

 
salam, dan selamat pagi. lame tak update d.i.y nih. kali ni nak share bende alah ni..
 
 

saya buat seniri je. mulanya ingat mudah upeye..susah jugak. tapi berkat keGIHIHan saya, maka ni lah hasilnye..

Jumaat, 22 Februari 2013

LUPAKAN SAJA..


assalamualaikum.
Lupakan saja kenangan-kenangan yang mengusik jiwa.
Saya sedang melalui fasa-fasa yang penting dalam hidup saya – bahkan semua gadis pun mengimpikan untuk mengkhiri zaman bujang. Ini lah saat yang boleh dikira sangat penting dalam hidup gadis tau. So, saya nak lupakan saja apa yang tlah berlaku pada diri saya baru2 nih, dan kembali di alam nyata – saya bakal berkahwin dengan “anugerah’ yang telah tuhan hantarkan pada saya. Saya rasa macam tak berlaku adil pulak, mengingat lagi orang yang tak patut saya ingat sedangkan saya sudah berpunya dan akan menjadi milik orang dalam masa beberapa bulan saja lagi!. Saya terlalu ikutkan perasaan sehingga terlupa bahawa ada yang lebih berhak mendapat perhatian saya..saya terlalu ikutkan perasaan sehingga terlupa bahawa hidup ini di bawah percaturan tuhan. Saya terlalu ikutkan perasaan sehigga terlupa – ya, saya cuma seorang manusia biasa menumpang lagi menagih ihsan yang maha kuasa.. saya terlalu ikutkan perasaan sehingga terlupa bahawa ini “anugerah” yang telah Dia hantar untuk saya, maka adakah dengan kelalaian saya itu, saya benar2 telah membuatkan hati “anugerah” saya terluka? …

Rabu, 20 Februari 2013

SECORET CINTA DARI HATI SEORANG PEREMPUAN



Saya belajar,
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu
Untuk orang yang saya cintai..

Saya belajar,
Bahawa saya perlukan waktu bertahun-tahun
Untuk membangunkan kepercayaan
Dan hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya.

Saya belajar,
Bahawa sahabat baik sentiasa bersama saya
Dapat melakukan banyak perkara bersama
Dan kami selalu memiliki waktu terbaik bersama.

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang jahat
Tetapi sebenarnya merekalah yang selalu membangkitkan semangat
dalam hidup saya dan orang yang selalu mengambil perhatian terhadap diri saya.
Saya belajar,
Bahawa sahabat sejati sentiasa mekar dihati
Walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh
Dan kadang-kadang melahirkan kasih sayang yang sejati.

Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
Seperti yang saya inginkan
Tidak bermaksud dia tidak menyayangi dan mencintai saya.

Saya belajar,
Bahawa sebaik-baik pasangan itu
Mereka pasti pernah melukai hati saya
Tapi saya tetap memaafkannya.

Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni
diri sendiri dan orang lain
supaya tidak mahu perasaan bersalah berpanjangan menguasai diri saya.


Saya belajar,
Bahawa dua manusia boleh melihat benda yang sama
Tapi memberi pendapat yang berbeza.

Saya belajar,
Bahawa orang disekeliling saya boleh mempengaruhi peribadi saya
Tetapi saya harus bertanggungjawab
Terhadap apa yang telah saya lakukan.

Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
Tapi yang penting adalah siapa saya sebenarnya.

Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih
Antara dua samada sikap dan emosi menguasai saya
Atau saya yang menguasai sikap dan emosi

Saya belajar,
Bahawa saya mempunyai hak untuk marah
Tapi itu bukan bererti
Saya harus membenci dan berlaku biadap


Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
Adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai
Dan jika saya mencintai dan menyayanginya
Saya tidak akan mempermainkannya
Dan mencintai dan menyayangi dengan sepenuh hati saya

Saya belajar,
Bahawa orang-orang yang saya kasihi
Perlu diutamakan daripada diri saya sendiri
Kerana mereka adalah segala-galanya bagi saya…
Bahagiakanlah orang lain walaupun diri kita merana...






Khamis, 14 Februari 2013

YA RABB, JANGAN BIARKAN AIR MATA SAYA MENGALIR LAGI KERANA L.E.L.A.K.I INI.

BIARKAN DIA PERGI , WALAU DENGAN HATI YANG BERAT..

BIARKAN DIA BAHAGIA , WALAU SUKAR UNTUK MENERIMA..

BIARKAN DIA BERLALU , WALAUPUN DENGAN HATI YANG TERLUKA..